This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.


Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com

23 March 2010

Riadah Ukhuwah (RPI)


Perhatian kepada semua ahli Rakan Pusat Islam sesi Januari 2010. Satu aktiviti riadah akan dijalankan pada:

Tarikh : 28hb. Mac 2010 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi
Tempat berkumpul : Pusat Islam, PSIS
Pakaian : Sukan dan berkasut serta paling penting menutup aurat.
Penglibatan : Terbuka kepada semua ahli Rakan Pusat Islam.

Antara aktiviti-aktiviti pada hari tersebut:
1.    Sesi ta’aruf
2.    Membina Empayar Islam
3.    Siapa Mangsa Kita?
4.    Sesi Fotografi

18 March 2010

~o{] RPI Internet Discussion [}o~




~o{] RPI Internet Discussion [}o~


Perhatian kepada semua ahli AKTIF (ahli yang pernah menjadi MT sem lepas, sekarang, Majlis Eksekutif) Rakan Pusat Islam (RPI) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), sebuah PERBINCANGAN MAYA melalui kemudahan internet (Yahoo Messenger) akan diadakan bagi membincangkan beberapa AGENDA penting diantara ahli RPI yang sedang menjalani Latihan Industri (sem 3:sijil/4:diploma) bersama ahli Junior dan Senior (sem 2,3,4,5,6 sesi Jan 2010).
Antara agenda yang ingin dibincangkan adalah:

1. Aktiviti yang telah/sedang/akan berlangsung bagi sesi Jan 2010. (unk pengetahuan ahli yang sedang LI)
2. Perancangan program unk sesi Jun 2010
3. Perjumpaan cuti semester bagi membincangkan plan tindakan MSK dan perjalanan program RPI sesi Jun 2010. (seperti pjmpaan di Msjid Negara)
4. Hal-hal berkaitan.

Oleh yang demikian, saya berharap saudara dan saudari dapat memberi cadangan TARIKH dan MASA yang sesuai untuk mengadakan 'RPI Internet Discussion' ini. (Skop tarikh adalah selepas MKPI dan sebelum pengakhir bulan April.) Cadangan hari adalah pada Sabtu & Ahad memandangkan pada hari berikutnya adalah hari kerja/kuliah. Kepada mereka yang sudi mengikuti 'RPI Internet Discussion' ini, sila nyatakan balasan mesej ini seperti dibawah :

Tarikh & Hari Yang Dicadangkan:
Masa Yang Dicadangkan:
Alamat Email YM :
Kehadiran : Ya / Tidak

*Tolong sebarkan msg ini kepada AHLI AKTIF RPI yang lain. Kerjasama dan kesudian anda dalam mengembleng tenaga untuk membangunkan produktiviti ummah didahului dengan ucapan terima kasih dan diharapkan ianya mendapat keredhaan dan rahmat Allah S.W.T diatas keikhlasan ini...Amin...

Wassalam.

Saya yang menjalankan amanah,
Ahmad Hamdan & Alam Zack

16 March 2010

Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat PSIS

Assalammualaikum w.b.t
Pada 26 Februari 2010M bersamaan 12 Rabiulawal 1431H (Jumaat), program sambutan Maulidur Rasul diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bertemakan "Rasul Di Cintai, Sunnah Di Amati" yang telah dianjurkan oleh organisasi Rakan Pusat Islam, PSIS. Dimulai dengan perarakan mengelilingi kawasan kampus terus ke kawasan Dewan Serbaguna PSIS, disusuli dengan perasmian program yang dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Azli bin Adnan (Ketua Jabatan Pengajian Am PSIS) bagi pihak Pengarah Politeknik PSIS En. Dzulkifli bin Ismail. Kemudian, gema suara nasyid kedengaran oleh kumpulan nasyid PSIS untuk pembuka tirai sejurus selepas perasmian dilakukan.


* Terdapat beberapa gambar yang tidak sempat upload atas kekangan yang tidak dapat dielakkan.

26 February 2010

Menghayati Maulidur Rasul

Melalui catatan sejarah, kita sedia maklum bahawa sebelum kedatangan syiar Islam, masyarakat pada masa itu hidup dalam kejahilan dan kegelapan. Kehidupan yang dikuasai oleh hawa nafsu menyebabkan kemungkaran, kezaliman dan kemaksiatan yang berleluasa. Orang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah dan undang-undang pula hanya mengikut hawa nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga manusia bercelaru dan hilang pedoman.

Dalam keadaan hidup yang penuh kejahilan itu, Rasulullah s.a.w. telah diutus oleh Allah s.w.t untuk membawa ajaran agama Islam yang benar. Rasulullah s.a.w. adalah manusia pilihan yang diutus oleh Allah s.w.t bukan setakat untuk membawa dan memimpin kaumnya iaitu kaum Quraisy ke jalan yang lurus dan diredhai Allah, bahkan untuk seluruh umat manusia yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesabaran baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam di seluruh pelusuk dunia.

Sesungguhnya perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan antaranya penghinaan, ejekan, cemuhan, bantahan, penyiksaan, penindasan, kezaliman dan sebagainya. Namun baginda tetap tabah dan sabar menghadapinya walaupun setelah berbelas tahun lamanya. Baginda tidak pernah jemu dalam menyebarkan agama Islam jauh sekali untuk berputus asa. Bukan itu sahaja, bahkan apa yang menimpa dirinya turut dirasai oleh para sahabat dan pengikut baginda.

Sesungguhnya kecintaan, kepercayaan, pembelaan, dan kesetiaan para sahabat dan pengikut baginda amat mengkagumkan kita. Semua itu adalah kerana mereka sangat saying dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban nyawa dan harta pada jalan Allah. Oleh itu, sudah sepatutnya kita turut mencontohi kecintaan dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi sebagaimana yang ditunjukkan oleh para sahabat. Mengasihani baginda bukan sekadar ucapan di mulut sahaja tetapi buktikan ia dengan mentaati ajaran yang dibawa oleh baginda, berselawat ke atas dirinya serta kita teruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan dakwah Islamiah serta kita teruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan dakwah Islamiah serta memeliharanya dari sebarang cubaan atau ancaman yang hendak melemahkan kesatuan dan akidah umat Islam.

Akhirnya marilah kita senantiasa mengingati jasa serta pengorbanan Rasulullah s.a.w. dengan mentaati ajaran Islam yang dibawa oleh baginda. Kita perbanyakkan selawat dan menjaga syiarnya.

25 January 2010

Majlis Tertinggi Rakan Pusat Islam sesi Januari 2010 (PSIS)

Pengerusi:
Mohd Faiz Bin Sari

Timbalan Pengerusi 1:
Muhammad Firdaus Bin Mohd Ruchaini

Timbalan Pengerusi 2 (Hal Ehwal Muslimah):
Nur Atiqah Zahrah Binti Adlan

Setiausaha Agung:
Nur Syafiqah Binti Ismail

Naib Setiausaha Agung:
Nazurah Binti Muhammad Nasir

Setiausaha Kewangan 1:
Nurul Ain Binti Idris

Setiausaha Kewangan 2:
Abdul Hadi Bin Mohd Nor


Ketua dan Penolong Lujnah:

Lujnah Disiplin dan Perhubungan Luar:
Abu Bakar Bin Waris
Nik Norfadhlina Binti Nik Mohd Fadzil

Lujnah Multimedia dan Penerbitan:
Muhammad Aidil Bin Jamaludin
Siti Sharizan Binti Ishak

Lujnah Sukan dan Kebudayaan:
Razeen Ridwan Bin Sa'don
Nurul Asyikin Binti Ishak

Lujnah Kerohanian dan Moral:
Mohamad Firdaus Bin Masri
Siti Fatimah Binti Mohd Amin

Lujnah Kebajikan dan Sosial:

Muhamad Hanzalah Bin Muhammad Hanif
Noor Ain Binti Mohamad Toha

Lujnah Akademik:
Ahmad Afif Bin Zulkiply
Nur Ahlina Binti Dzubir


*  Perlantikan baru Majlis Tertinggi RPI telah diadakan pada 19hb Januari 2010 (Selasa)
**Perlantikan tersebut melalui sistem Majlis Syura

06 January 2010

Perhatian: Perjumpaan ahli lama JPI/PU/RPI

Assalammualaikum w.b.t

Perhatian kepada semua ahli lama JPI/PU/RPI (termasuk pelajar yang baru tamat menjalani Latihan Industri), satu perjumpaan "Selamat kembali ke PSIS" akan diadakan pada

Tarikh    : 16/01/2010
Hari        : Sabtu
Waktu    : 10.00 pagi
Tempat    : Ruang Solat Pusat Islam, PSIS
Agenda    :
  • Helwa telinga.
  • Bacaan sepotong hadis.
  • Sesi Ta'aruf bersama pelajar lepasan Latihan Industri sesi Julai 2009.
  • Info Terkini Pilihan Sensasi.

*    Pelajar yang berada diluar asrama di alu-alukan hadir.
**    Pelajar yang berada didalam asrama WAJIB hadir.
***    Komitmen anda amatlah penting didalam penglibatan anda didalam menyertai organisasi