This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.


Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com

31 December 2009

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh    :      1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat)
(Malam Tahun Baru)
Masa      :     1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi
Tempat  :      Perkarangan Masjid Negara.
(Berhampiran dengan Tapak Ekspo, Masjid Negara)

Aturcara Program adalah seperti berikut :

    * Pencerapan Gerhana Bulan Separa
    * Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
    * Pameran Bulan
    * Solat Sunat Gerhana Bulan
    * Khutbah Khas Gerhana Bulan
    * Pertandingan Kuiz

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung Gerhana Bulan Separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal 1 Januari 2010 jam 1.17 hingga 5.28 pagi.

Pilihanraya Kecil Rakan Pusat Islam sesi Januari 2010

Tarikh Pencalonan:
18-20 januari 2010
Isnin - Rabu
9 pagi - 9 malam

Tarikh Pengundian:
21 Januari 2010
Khamis
9 pagi - 10 malam

Keputusan Pilihanraya:
24 Januari 2010
Ahad
9 malam

Tempat:
Perkarangan Pusat Islam
Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam

Penglibatan:
Semua ahli Rakan Pusat Islam

Kerusi yang dipertandingkan:

Pengerusi
Timbalan Pengerusi 1
Timbalan Pengerusi 2
Setiausaha Agung
Naib Setiausaha
Bendahari Kehormat
Naib Bendahari
Lujnah Disiplin & Perhubungan Luar
Lujnah Multimedia & Penerbitan
Lujnah Kerohanian & Moral
Lujnah Kebajikan & Sosial
Lujnah Akademik
Lujnah Ekonomi
Lujnah Sukan & Kebudayaan

Syarat-syarat calon:

1. Calon mestilah mempunyai akhlak yang baik dan menjaga hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam.

2. Calon mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai status yang baik dan tidak tercatat kesalahan dalam mana-mana rekod asrama, akademik atau politeknik.

3. Calon mestilah terdiri daripada ahli Rakan Pusat Islam semester 2 – 5 yang telah menjadi ahli dari semester 1 atau dipertimbangkan keutamaannya.

4. Setiap ahli boleh mendaftar sebagai calon mengikut kerusi yang dipilih, tetapi Panel Pilihan Raya akan membuat saringan untuk menetapkan calon yang sesuai mengikut kriteria yang ditetapkan.

5. Panel Pilihan Raya berhak untuk menggugurkan mana-mana calon yang ingin bertanding sekiranya tidak menepati kriteria pemilihan bagi kerusi yang dipilih atau menukar dan menetapkan calon kepada kerusi lain dari yang dipilih oleh calon untuk bertanding tanpa notis pemberitahuan.

6. Bagi kerusi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi I, 4 calon muslimin akan dipilih iaitu dari kalangan ahli RPI semester 3 hingga 5 untuk bertanding, dimana keputusan undian pertama dan kedua tertinggi akan disenarai untuk kedua kerusi tersebut.

7. Bagi kerusi Timbalan Pengerusi II, 4 calon akan dipilih iaitu dalam kalangan ahli RPI semester 3 hingga 5 untuk bertanding dan hanya seorang sahaja yang akan disenarai untuk kerusi tersebut mengikut undian majoriti terbanyak.

8. Bagi kerusi Setiausaha Agong dan Naib Setiausaha, Bendahari Kehormat dan Naib Bendahari serta Ketua dan Penolong Lujnah (diasingkan untuk 7 kerusi lujnah yang berbeza), 4 calon akan dipilih dari kalangan semester 2 hingga 5 iaitu 2 calon muslimin dan 2 calon muslimah (bagi setiap kerusi yang dipertandingkan) untuk bertanding dan 2 orang calon yang mendapat undian tertinggi akan disenarai untuk setiap kerusi yang dipertandingkan.

9. Seorang calon boleh bertanding terhad untuk 2 kerusi berbeza sahaja dalam satu masa sekiranya dibenarkan oleh Panel Pilihan Raya.

10. Calon mestilah mendaftar pada waktu yang ditetapkan pada Januari 2010 beserta wang pendaftaran sebanyak RM3.

11. Calon-calon yang menang untuk kerusi-kerusi yang dipertandingkan tidak mutlak kuasanya sehingga akhir semester.

12. Penel Pilihan Raya, Majlis Penasihat, Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi Rakan Pusat Islam berhak untuk bermusyawwarah dalam perletakan jawatan (calon pilihan raya yang menang atau menjadi ahli majlis tertinggi) sekiranya melanggar tatatertib, undang-undang serta peraturan yang termaktub dalam perlembagaan Rakan Pusat Islam atau melangar disiplin serta tatatertib asrama, akademik dan politeknik yang menyebabkannya gugur kelayakan.

13. Keputusan Panel Pilihan Raya adalah MUKTAMAD.

Syarat-syarat mengundi:

1. Semua ahli yang berdaftar dibawah Rakan Pusat Islam secara automatik layak, berhak dan wajib mengundi.

2. Pelajar-pelajar lain yang bukan dari kalangan ahli Rakan Pusat Islam boleh mengundi tetapi tidak diberi keutamaan hak keatasnya.

3. Pengundi mestilah mengundi calon yang telah disenarai dan disahkan pencalonannya oleh Panel Pilihan Raya.

4. Setiap pengundi terhad untuk memangkah 2 orang calon pilihan sahaja bagi setiap kerusi yang dipertandingkan.

5. Keputusan undian menentukan calon yang akan menduduki kerusi tersebut.


* Sekiranya terdapat perubahan masa dan waktu, akan dimaklumkan kemudian dengan segera.

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Sesi Julai 2009 (PSIS)

Assalammualaikum w.b.t

Pihak admin web RPI mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya dengan keputusannya bagi Sesi Julai 2009. Kepada yang kurang berjaya, jangan mudah berputus-asa. Usaha dengan lebih tekun dan gigih lagi. InsyaAllah pasti dengan usaha anda memberi hasil yang sangat lumayan. Ceria-ceria selalu. Kita jumpa semester hadapan.


30 December 2009

Tanda Hati Yang Hidup



Bismillahirrahmanirrahim..
Hati adalah raja kepada seluruh anggota tubuh badan.
Bersih hati,maka baiklah seluruh tingkah anggotanya.
Jika buruk dan mati,maka akan buruklah kesannya di sekeliling oleh
tingkah laku yang juga buruk.

Bagaimana dengan hati kita?
Hidup?
Mati?
Disini dinyatakan tanda-tanda hati yg hidup dan tidak mati..

Pertama: Lapangnya dada menerima ajaran Islam.

Firman Allah:

Maksudnya: Orang yg Allah lapangkan dada mereka adalah
org yg mendapat cahaya dr tuhannya.(22: Zumar)

Nabi bersabda:
"Apabila cahaya masuk ke dalam hati seseorang maka dadanya akan
lapang dan terbuka" Para sahabat bertanya: "
Ya Rasulullah; Adakah ada tanda2 yg menunjukkan demikian?"
Nabi s.a.w menjawab:

الإنابة إلى دار الخلود والتجافي عن دار الغرور والإستعداد للموت قبل نزوله

Maksudnya: Org yg beramal utk kembali ke Akhirat yg kekal,
Jauh dirinya dgn dunia yg memperdaya dan bersedia untk mati
sebelum ianya tiba."(Hr Hakim)

Lapang dada ialah mudah dia nak mematuhi dan menerima
ajaran Islam dan tidak berasa sempit dada dgn perkara dunia.


Kedua: Gementar hati ketika berzikir mengingati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya sifat khusus org2 yg beriman apabila disebut
nama Allah akan gementar hati2 mereka..."(2: Al-Anfal)


Ketiga: Hati yg khusuk mengingati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya mereka bersegera melakukan kebaikan,
berdoa kepada kami dgn penuh mengharap dan takut dan
mereka khusuk mengingati kami"(90:Al-Anbiya)

Khusyuk adalah
1. Hadirkan hati dlm Ibadah.
2. Memahami makna yg di lafazkan.
3. Mengagongkan sang Pencipta dgn adanya sifat takut dan harap.


Keempat: Mudah terkesan dengan nasihat.

Seperti mana cerita Ali Zainal Abidin bila beliau melihat
hamba perempuanya tertuang air panas ke kepala anaknya sehingga mati.
Baru sahaja beliau nak marah; hambanya membaca Ayat
"Dan org2 yg menahan marahnya"
Maka beliau kata: Aku tahan marahku. Hambanya menyambung ayat tadi
"Dan org2 yg memaafkan kesalahan manusia lain"
Beliau berkata: Aku Maafkan kamu. Hambanya menghabiskan ayat tadi
"dan Allah mengasihi org2 yg melakukan kebaikan."(134: Ali Imran)
Beliau berkata: Engkau dibebaskan.


Kelima: Merasai kemanisan Iman.

Nabi s.a.w bersabda: "Seseorang itu akan merasai kemanisan
Iman bila dia reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya
dan Muahmmad sebagi Nabi dan Rasul. (Hr Muslim)

Imam Ibnu hajar mengumpamakan org yg mempunyai hati yg baik
sperti org yg sihat yg mana dia merasai kemanisan madu.
Adapun org yg mempunyai hati yg sakit seumpama pesakit yg merasai madu itu pahit.


Keenam: Sentiasa merasai dekat dengan Allah.

Tandanya ialah org yg suka beribadah dan bermunajat dgn Tuhannya.
Seperti mana Nabi Isa a.s berkata kepada hawariyyin
"Banyakkan bercakap dgn tuhan dan sedikitkan bercakap dgn manusia"
Mereka bertanya "Bagaimana banyak bercakap dgn tuhan?"
Nabi Isa menjawab "Hendaklah kamu sentiasa bersendirian mengingatinya,
bersendirian beribadat kpdnya dan bersendirian bermunajat dgnnya."
(Hr Abu Naim dlm kitab Hilyah)


Ketujuh: Sentiasa kembali kepada Allah.

Firman Allah:
"Maka hendaklah kamu lari menuju kepada Allah...(50: az-Zariat)

"Dan org2 yg apabila mereka melakukan kejahatan atau menzalimi
diri mereka sendiri; mereka terus mengingati Allah dan meminta ampun kpd Allah..."(135: Ali Imran)

Dalam keadaan senang dan susah hendaklah kita kembali kepada Allah.

Nabi bersabda:

"Amat dikagumi keadaan org beriman. Mereka sentiasa dlm kebaikan.
Sekiranya mereka mendapat kebaikan mereka akan bersyukur;
itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan
mereka akan bersabar; itu juga kebaikan bgnya."(hadis sahih)





Rujukan: at-Toriq ila Rabbaniah oleh Dr Majdi Hilali.

24 December 2009

Kepada pelajar Latihan Industri Sesi Julai 2009 (PSIS)

Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Julai 2009,

Saudara/i,

PENILAIAN TEMUDUGA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI JULAI 2009 (27 JULAI 2009 HINGGA 25 DIS 2009) POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Saudara/i diarah untuk menjalani penilaian temuduga latihan industri seperti keterangan di bawah:-

    * Jabatan Hospitaliti
    * Jabatan Kejuruteraan Awam
    * Jabatan Kejuruteraan Elektrik
    * Jabatan Perdagangan
    * Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

3. Sehubungan dengan itu, semasa menghadiri Penilaian Temuduga Latihan Industri, anda dikehendaki mengemukakan dokumen berikut :
       i. Surat Perakuan Tamat Latihan Industri.*
       ii. Borang Prestasi Latihan Industri Pelajar yang ditandatangani dan disahkan (cop syarikat).*
       iii. Buku Laporan Harian (Log) yang lengkap disahkan oleh Penyelia SETIAP minggu.
       iv. Laporan Latihan Industri yang siap dicetak untuk dihantar. (TIDAK PERLU DIJILID KULIT KERAS)

NOTA * :

    * Surat dan borang ini terdapat di bahagian dalam Buku Laporan Harian (Log). Surat perakuan tamat latihan menggunakan “letter head” organisasi juga diterima.
    * Pelajar hendaklah memastikan kedua-dua  borang ini sampai ke PSIS samada melalui pos atau tangan.
      
      AMARAN : Pelajar yang gagal mengemukakan Surat Perakuan Tamat Latihan Industri, Markah Prestasi Latihan Industri, Buku Laporan Harian (Log) dan Laporan Latihan Industri dianggap tidak menamatkan latihan industri dan tidak layak untuk di temuduga latihan industri. Pelajar mestilah berusaha agar semua dokumen tersebut dilengkapkan oleh pihak organisasi supaya pelajar tidak menghadapi masalah semasa menghadiri Penilaian Temuduga Latihan Industri.

4. Pelajar akan diberikan keputusan GAGAL LATIHAN INDUSTRI sekiranya tidak menghadiri Penilaian Temuduga Latihan Industri pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sila maklumkan secara lisan atau bertulis ke Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) dengan segera jika anda menghadapi masalah untuk hadir pada tarikh dan masa Penilaian Temuduga ditetapkan.

5. Semua pelajar PSIS tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) serta pindaan-pindaannya. Pelajar perlu mematuhi peraturan disiplin yang berkuatkuasa termasuk pada hari Penilaian Temuduga Latihan Industri. Pelajar perlu mematuhi kod berpakaian iaitu pelajar lelaki mestilah memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher. Pelajar lelaki dimestikan berambut pendek. Pelajar perempuan mestilah berpakaian sopan.

Sekian, terima kasih.


* Sekiranya web PSIS tidak dapat dibuka atau lambat, web tersebut sedang ramai dikunjungi. Harap maklum

Sumber: PSIS Web Portal

18 December 2009

Perjumpaan Khas di luar kampus PSIS (info baru)

Assalammualaikum w.b.t

Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi oleh Allah s.w.t, saya ingin mengetuai perjumpaan bersama dengan anda terutama sekali pelajar-pelajar yang tamat Latihan Industri sesi Julai 2009 bagi membincangkan perkara-perkara yang akan berlaku pada sesi Januari 2010. Jadi, berikut merupakan cadangan bagi perjumpaan nanti:

Tarikh   : 29hb. Disember 2009 (Selasa)
Jam       : 10.00 pagi - 3.30 petang
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur
Agenda : 1. Pembentangan dan perbincangan ringkas taqwim Rakan Pusat Islam PSIS sesi Januari 2010
              2. Perihal keadaan yang telah berlaku pada sesi Julai 2009


Antara tentatif yang dicadangkan:

10.00 pagi - Ketibaan pelajar di Masjid Negara, Kuala Lumpur
10.10 pagi - Pembentangan ringkas Taqwim Rakan Pusat Islam PSIS sesi Januari 2010
11.00 pagi - Makluman perkara yang telah berlaku semasa berada di sesi Julai 2009
12.00 tengahhari - Makan tengahari (Lunch Time)
                            Solat Zohor
2.00 petang - Strategi kita bersama
3.30 petang - Bersurai


Sekiranya anda mempunyai cadangan, boleh kemukakan komen anda disini (Google Account) atau tinggalkan di chatbox yang disediakan didalam web ini.

*Sekiranya terdapat perubahan hari dan waktu, akan dimaklumkan didalam web ini dengan segera.

-Fid@Majlis Eksekutif RPI-

08 December 2009

99 langkah menuju kesempurnaan iman


1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan
70. Jangan melukakan hati orang lain

71. Jangan membiasakan diri berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

30 November 2009

Airmata Keinsafan (PSIS)



Assalammualaikum w.b.t

Bersempena dengan Peperiksaan Akhir Semester Sesi Julai 2009 bakal tiba tidak lama lagi, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan usahasama Rakan Pusat Islam (RPI) menjemput seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam bagi menghadiri dan menyertai Program Solat Hajat & Qiammulaill pada:

Tarikh:
3 & 4 Disember 2009

Tempat:
Pusat Islam, PSIS

Tema:
Airmata Keinsafan

Penceramah Jemputan:
Ustaz Sabri bin Abdul Rani

Penglibatan:
Wajib kepada pelajar asrama semester 1 dan dialu-alukan pada pelajar asrama semester 2 keatas serta warga PSIS


Berikut adalah tentatif program tersebut:

3 Disember 2009 (Khamis)

6.30 petang - Ketibaan pelajar dan pengambilan kehadiran pelajar semester 1
7.05 malam - Solat Maghrib secara berjemaah
7.30 malam - Ceramah Perdana disampaikan oleh Ustaz Sabri bin Abdul Rani
9.30 malam - Solat Isyak secara berjemaah
9.50 malam - Bersurai


4 Disember 2009 (Jumaat)

2.30 pagi - Ketibaan pelajar dan pengambilan kehadiran pelajar semester 1
3.00 pagi - Solat sunat Tahajjud, Solat sunat Tasbih, Solat sunat Taubat, Solat sunat Hajat
5.45 pagi - Solat Subuh secara berjemaah
6.00 pagi - Kuliah Subuh
7.00 pagi - Bersurai

* sebarang perubahan akan dimaklumkan secepat mungkin

07 November 2009

Jamuan Akhir Sesi Julai '09

MEMO!!!

Jamuan Akhir Sesi Julai '09

Tarikh : 13 November '09 (Jumaat)

Masa: 8.45 p.m. (Selepas Solat Isyak)

Tempat: Dewan Banquet



  • Terbuka kepada Semua ahli Pusat Islam.
  • Yuran sebanyak RM 7.00 sahaja.
  • Sila hubungi nama dibawah untuk bayaran:
  1. Azizudin - A1 2.14 - 017-377 3849
  2. Hidayah - B1 1.12 - 017-265 8684
  • Bayaran selewat-lewatnya 10 November 2009(Selasa).
  • Semua ahli diwajibkan membawa hadiah untuk aktiviti bertukar hadiah. Hadiah adalah anggaran atas RM 5.00 sahaja.

02 November 2009

Muhasabah sebagai "Charger" Kehidupan

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang dhaif. Walaupun manusia dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan, ia tidak dicipta sempurna dalam segenap sudut. Dalam kedhaifan itu, Allah menghantar Rasul sebagai pembawa kebenaran dan membekalkan al-Quran sebagai panduan.

Kehidupan di dunia ini penuh pancaroba dan cubaan. Adakala manusia berjaya mengharunginya dan adakalanya manusia tewas. Ramai orang tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Bagi seorang pejuang, hidup di dunia ini hanyalah sementara dan ia akan ditinggalkan untuk beralih ke alam yang kekal abadi.

Dalam menyelusuri kehidupan seorang pejuang, sudah pasti lebih banyak dugaan yang dihadapi. Lebih banyak daripada manusia yang biasa. Di samping tugas dan bebanan yang sememangnya agak berat untuk ditanggungi, pejuang merupakan ikon agama kepada orang kebanyakan. Sudah pasti perkara ini agak mencabar kemampuan pejuang. Islam yang diperjuangkan dan al-Quran yang ingin didaulatkan memerlukan roh perjuangan yang kuat dan stabil.

Suatu perkara yang wajar dilakukan oleh seorang pejuang ialah sentiasa menilai dan memuhasabah diri sebagai charger kehidupan. Ini selaras dengan kata-kata Saidina Umar :

Hisablah (muhasabahlah) diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang”

Kita tidak lepas daripada alpa dan lalai. Lantas amatlah wajar kita sentiasa menilai diri kita sejauh mana kesungguhan kita dalam mentaati Allah. Apakah kita masih layak digelar hamba Allah sedangkan kita pun tidak tahu siapa Allah di hati kita? Apakah kita layak untuk mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad sedangkan amalan sunnahnya diambil begitu enteng oleh kita? Apakah kita masih layak untuk menganggap kita sebagai pejuang di jalan Allah sedangkan perangai dan akhlak sama sahaja seperti orang yang merempat tiada tarbiah? Adakah amalan kita dah mencukupi sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada Allah yang memberi nikmat kepada kita? Seandainya kita masih belum melepasi soalan-soalan asas itu, kita sendiri boleh menilai berapa ‘bintang’ yang boleh diberi kepada kita.

Muhasabah dan menilai mampu membangkitkan semangat dalam diri kita untuk terus berubah dan menjadi yang lebih baik dalam kehidupan. Muhasabahlah yang akan menjadikan diri kita terlalu kerdil di sisi Allah dan tidak ego apabila berdamping sesama manusia. Amalan muhasabah ini sekiranya ditinggalkan, mungkin akan menyebabkan kita lalai lalu gagal dalam mendepani cabaran hidup. Ramai antara orang yang menganggap diri mereka sebagai pejuang sering melupakan muhasabah. Maka tidak hairanlah banyak orang bercakaran sesama sendiri walaupun mereka semua pada asalnya ‘ingin memperjuangkan Islam’. Ego dan sombong akan menguasai diri dan tawadhu’dan rendah diri akan hilang.

Muhasabah sebagai charger kehidupan adalah bertujuan supaya kita sentiasa merendah diri, berkasih sayang sesama kita dan menjauhi sifat ego. Ia juga akan menjadi penyuntik semangat kepada kita supaya terus menguatkan dan memperbaiki diri serta amalan ruhiyyah yang mungkin pada pendapat sebahagian orang ia adalah enteng. Semoga dengan amalan muhasabah ini akan sentiasa mengecas bateri kehidupan kita yang seringkali ‘kong’ apabila banyak digunakan.

http://ilmuanmuda.wordpress.com

21 October 2009

Usrah Gabungan Bersama Ustaz Khir Johari


ASSALAMMUALAIKUM

Perhatian kepada semua Majlis Tertinggi, Ketua dan Penolong Ketua Lujnah, dan juga ahli Jawatankuasa Pusat Islam, satu usrah gabungan bersama dengan Ustaz Khir Johari pada :

Tarikh : 23 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 2.00 - 3.00 petang
Tempat : Dewan Syarahan 3, PSIS
Pakaian : Menutup aurat

Diharap anda dapat hadir ke perjumpaan bersama dengan beliau. Kerjasama anda amatlah dihargai. Sebarkan pada yang lain.

Terima kasih
-administrator JPI-

28 September 2009

Allah Selamatkan Saya Ketika Derita

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.

Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. "Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja. "Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu.

Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.



Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur untuk menahan lapar, saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi. "Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama,
bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin,
jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena. "Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya. "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya,
rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada.

Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka. Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.
"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya... "Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka." Ya, begitulah juga dengan saya.. hanya pada Allah saya berharap.

Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ.

Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.
Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia.. itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut:
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu. Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.

Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan.

Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu... Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata : "Mmm...sedap.." Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena..

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk
menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang.

Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannyaa33;" (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang.

Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula.

Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.


Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).



Oleh : Azamin Amin
Sumber : iLuvislam.com

25 September 2009

Santapan Kejayaan




RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1. Buku secukupnya (ikut selera masing-masing)
2. Sebuah ketekunan
3. 3 mangkuk kerajinan
4. 4 hiris keinsafan
5. 5 keping kasih sayang
6. Beberapa potong kasih
7. Segenggam harapan
8. 1/3 cawan air mata keinsafan
9. Semangkuk azam
10. Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1. Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2. Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3. Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter pati usaha.
4. Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5. Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6. Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7. Tambahkan sedikit kerajinan.
8. Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9. Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:

1. Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2. Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3. Hiasilah dengan seyuman.
4. Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah :)

Pesanan Editor: Bulan Syawal bulan kemenangan, setelah sebulan menahan nafsu, dan kini bermulalah medan bertempur hasil latihan di bulan Ramadhan. Ayuh sahabat semua, sama-sama berusaha untuk berjaya di dunia, dan akhirat terutamanya.

01 September 2009

Program Sepanjang Bulan Ramadhan di Pusat Islam

Berikut adalah senarai program anjuran Jawatankuasa Pusat Islam dan Persatuan Ukhuwah sepanjang Bulan Ramadhan ini:


27/08 @ 06 ramadhan (Khamis)
~Ceramah 1~
(Selepas Solat Terawih bertempat di Pusat Islam)

28/08 @ 07 ramadhan (Jumaat)
~Kuliah Subuh 1~

05/09 @ 15 ramadhan (Sabtu)
~Bubur Lambok~
~Ceramah 2~
(Selepas Solat Terawih bertempat di Pusat Islam)
*Kehadiran Wajib untuk Semester 1 sahaja

06/09 @ 16 ramadhan (Ahad)
~Kuliah Subuh 2~
~Forum Perdana "Remaja dan Keberkatan Ramadhan"~
(9.30 pagi di Dewan Serbaguna PSIS)
*Kehadiran Wajib untuk semua Pelajar Asrama

07/09 @ 17 ramadhan (Isnin)
~Majlis Khatam Al-Quran~
(Selepas Solat Terawih bertempat di Pusat Islam)

12/09 @ 22 ramadhan (Sabtu)
~Qiammulaill Perdana~
(3.00 pagi di Pusat Islam)
~Kuliah Subuh 3~
*Kehadiran wajib untuk Semester 2 keatas

13/09 @ 23 ramadhan (Ahad)
~Kuliah Subuh 4~
~Ceramah 4~
(Selepas Solat Terawih bertempat di Pusat Islam)


*Jadual di atas akan di kemaskini dari semasa ke semasa jika berlaku perubahan..

30 August 2009

Puasa dari kaca mata bukan Islam

Selain daripada umat islam,puasa sebenarnya telah diamalkan oleh pelbagai kaum dan bangsa di seluruh dunia. Antara tujuan utama mereka berpuasa ialah kerana ia menyihatkan tubuh badan. Ini sejajar dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT bahawa puasa merupakan ibadah yang amat baik untuk kesihatan fizikal mahupun mental, rohani dan juga jasmani. Malah, ada pendapat yang mengatakan bahawa diet yang terbaik ialah dengan cara berpuasa secara konsisten.

Sebenarnya, puasa terdapat secara tabi'ei dalam alam semulajadi di mana binatang tertentu seperti katak turut mengamalkan puasa. Puasa juga telah disyariatkan dalam semua agama langit seperti Kristian dan Yahudi. Malah agama budaya juga seperti bangsa Hindu dan Buddha mengamalkan puasa di dalam cara hidup mereka.

Orang barat kini telah mula mengamalkan aliran baru iaitu berpuasa untuk kesihatan (therapeutic fasting). Banyak buku mahupun maklumat di internet yang telah disebar luas untuk menerangkan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan. Ahli falsafah dan perubatan Islam terkenal, Ibnu Sina pernah mengubati pesakitnya dengan menyuruh mereka berpuasa. Ahli falsafah lain seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pythagoras juga mengamalkan ibadah puasa untuk meningkatkan keberkesanan fizikal dan mental agar dapat berfikir serta mencetuskan idea-idea yang bernas.

Profesor Arnold Ehret dari Jerman berkata bahawa puasa yang tepat mampu membalikmudakan fizik, mental dan spritual seseorang. Menurutnya, puasa adalah ibu kunci kepada evolusi dan pengembangan spritual terutama sekali di zaman yang penuh pancaroba ini. Mahatma Ghandi, pejuang kemerdekaan India juga terkenal sebagai pengamal puasa. Begitu juga pengarang agung Rusia Leo Tolstoy pengarang dari Perancis Francois Voltaire dan pengarang Austria Franz Kafka yang menjadikan puasa sebagai amalan dalam kehidupan mereka.

Ringkasnya, dapat disimpulkan di sini bahawa mereka yang terkenal dan berjaya mengamalkan puasa sebagai senaman untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental agar mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi. Terbukti, puasa banyak hikmahnya terhadap hidup manusia. Amat malang bagi kita umat Islam yang masih berdolak-dalik dan cuba meninggalkan ibadah yang penuh keberkatan dan faedah kepada mereka, dan secara tidak langsung mereka juga menolak ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT.

12 August 2009

Doa hindar dari wabak H1N1

Assalammualaikum w.b.t

Sepertimana yang anda telah ketahui dunia kini dilanda satu wabak yang sedang menular iaitu wabak Influenza A H1N1 atau erti kata lain wabak Selsema Babi. Oleh itu, saya sudah sediakan link untuk anda "Doa menghindari dari wabak H1N1" tersebut. InsyaAllah semoga doa ini dapat melindungi diri kita dari wabak jangkitan Influenza A ini.

Link download :
Mirror 1
Mirror 2
Mirror 3

11 August 2009

Bersama Seorang Pemuda Penggali Kubur

Assalamu'alaykum warahmatullahu wamaghfiratuhu wabarakatuh...Bismillahirrahmanirrahhim..




“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah”.
QS. Al-Hajj: ayat 5.



“Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya”. QS. Nuh [71] ayat 18.



Diriwayatkan dari Ibnu Hubaiq: Riwayat dari ayahku yang berkata, Yusuf bin Asbath pernah bertemankan seorang pemuda dari Teluk, yang tidak pernah berbincang-bincang dengannya (Yusuf) selama sepuluh tahun.

Akan tetapi, Yusuf mengetahui kerisauan dan kecemasan hati pemuda itu dan juga ketekunannya melakukan ibadat pada siang maupun malam hari. Kepada pemuda itu Yusuf pernah berkata,

"Apa sebenarnya pekerjaanmu dahulu, sehingga aku lihat dirimu selalu tertunduk menangis?"

"Dahulu aku adalah seorang penggali kubur," jawabnya.

"Apa yang pernah kamu lihat saat berada di liang lahat?" tanya Yusuf meminta penjelasan.

"Aku melihat rata-rata muka mereka dipalingkan dari arah kiblat, kecuali beberapa orang saja," kata pemuda itu.

"Kecuali beberapa orang saja?" tanya Yusuf dengan penuh hairan. *

Setelah berkata demikian, Yusuf pun gelisah dan fikirannya tidak tenteram. Oleh itu dia memerlukan ubat untuk menyembuhkan kegelisahannya.

Ibnu Hubaiq meneruskan ceritanya, "Ayahku berkata: Kami lalu memanggil doktor Sulaiman untuk mengubati Yusuf. Setelah mendapatkan perawatan yang teratur, Yusuf pun sehat kembali seperti sediakala dan dia pun berkata, "Kecuali hanya sedikit saja!" Yusuf terus-menerus mengucapkan demikian, dan lantaran itu dia mendapatkan perawatan terus agar fikirannya normal kembali.

Ketika doktor Sulaiman selesai mengobati dan hendak pulang, Yusuf berkata kepada orang-orang yang menungguinya, "Apa yang mesti kalian berikan kepada doktor itu?" "Dia tidak mengharapkan apa-apa darimu," jawab kami semua.

"Subhanallah! Kalian telah berani mendatangkan doktor kerajaan, akan tetapi, aku tidak memberikan sesuatu pun kepadanya," kata Yusuf.

"Berikan kepadanya uang beberapa dinar!" kata kami kepada Yusuf.

Ambillah ini dan berikan kepadanya serta tolong beritahukan kepadanya bahwa aku tidak memiliki sesuatu pun, kecuali sekadar ini, agar dia tidak berprasangka bahwa aku ini mempunyai harga diri yang lebih rendah daripada para raja," kata Yusuf.

Yusuf kemudian menyerahkan sebuah kantong berisi uang sebanyak lima belas dinar dan diberikannya kepadaku. Selanjutnya kuserahkan uang tersebut kepada doktor Sulaiman atas pertolongannya kepada Yusuf.

Sejak peristiwa itu Yusuf akhirnya tekun menganyam tikar dari daun kurma hingga akhir hayatnya.

Dan diriwayatkan dari Hubaiq yang mengatakan: Yusuf bin Asbath pernah berkata, "Dari ayahku, aku mendapatkan harta waris berupa tanah seharga lima ratus dinar yang terletak di daerah Kufah.

Akan tetapi, pada akhirnya terjadilah perselisihan di antara saudara-saudaraku, kerana itu aku meminta pendapat kepada Hasan bin Shaleh.

Hasan bin Shaleh lalu berkata kepadaku, "Aku tidak ingin kamu terlibat pertentangan dengan mereka, hanya disebabkan masalah tanah yang akan kita masuki kelak."

Demikianlah atas saranan Hasan bin Shaleh itu, maka kurelakan tanah itu kepada mereka secara ikhlas kerana Allah SWT semata sebab aku menyedari bahawa diriku adalah bahagian daripada tanah.

Sesungguhnya..sekalipun manusia tercipta dari tanah yang hina,kemuliaan yang dikurniakan ILAHI tak terhingga tuk disyukuri,tak terbalas limpahan rahmatNYA..
kerna satu-satuNYA makhluk Sang Khaliq yang berani memegang tanggungjawab bergelar Khalifah Allah adalah manusia.


Kematian itu PASTI

02 August 2009

Carta Organisasi Persatuan Ukhuwah Sesi Julai 2009

Assalammualaikum w.b.t

Berikut adalah carta organisasi Persatuan Ukhuwah PSIS Sesi Julai 2009
(klik untuk paparan jelas)


30 July 2009

Selamat Kembali ke PSIS

Assalammualaikum w.b.t

Selamat kembali ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam kepada pelajar senior Sesi Julai 2009. Semoga semester kali ini mempunyai daya semangat dan meningkatkan lagi keazaman untuk terus berjaya dimasa akan datang.

-administrator-

27 July 2009

Pengumuman kepada pelajar Latihan Industri Sesi Julai 2009

Assalammualaikum w.b.t

Kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam (PSIS) yang kini sedang menjalani Latihan Industri bagi sesi Julai 2009 diucap semoga berjaya. Kami pihak administrator mendoakan agar anda selamat menjalaninya dari awal sehinggalah akhir.

15 July 2009

Klip video semasa Minggu Suai Kenal sesi Julai 2009

Assalammualaikum kepada semua pembaca web blog Persatuan Ukhuwah PSIS. Baru-baru ini saya selaku wakil dari Persatuan Ukhuwah dan beberapa orang lagi menyertai Minggu Suai Kenal sesi Julai 2009 pada 5 hingga 10hb. Julai 2009 sebagai Pembantu MSK. Disini saya sediakan beberapa video yang sempat dirakamkan dan anda boleh memuat turun video tersebut.

Sekian, harap maklum.

Video Clip (boleh dimuat turun)
- Perjalanan MSK Sesi Julai 2009
Klik disini [link 4shared] *preview & download only
Klik disini [link sendspace] *download only

- Kuliah Maghrib oleh Ustaz Khir
part 1, part 2, part 3 [link 4shared] *preview & download only
part 1, part 2, part 3 [link sendspace] *download only

- Slot Khas "Madah Muqaddimah"
Klik disini [link 4shared] *preview & download only
Klik disini [link sendspace] *download only


29 June 2009

Hadis : Di Atas Hamparan Sejadah

Hadis :
Nabi s.a.w bersabda:
"Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: "Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya."
Abu Huraiarah r.a

Huraian :

Pengajaran Hadith:
- Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T.

- Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya.

- Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.

Petikan Daripada: Dakwah2u.blogspot.com

27 June 2009

Borang Permohonan Keahlian Web Blog JPI



Nama Penuh*
No. Kad Pengenalan*
Email*
No. Telefon*
Sebab Memohon Keahlian Web Blog JPI**






Nota :
*Kesemua ruangan WAJIB di isi oleh pemohon.
*Pastikan kesemua maklumat tersebut adalah benar.
**Sila nyatakan sebab yang ikhlas dan munasabah.

Borang Cadangan / Komen



Nama*
Email*
Pilihan*
Tajuk*
Komen atau Cadangan**








NOTA :
*Kesemua ruangan adalah WAJIB di isi untuk memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.
**Diharapkan memberi komen dan cadangan yang ikhlas dari anda.

25 June 2009

Tentatif Program Perjumpaan Khas Persatuan Ukhuwah PSIS 27 Jun 2009


HARI PERJUMPAAN KHAS
PERSATUAN UKHUWAH PSIS
27hb Jun 2009
(Sabtu)

11.00 - 11.30 pagi
Ketibaan ahli-ahli PU

11.30 - 11.35 pagi
Bacaan Doa

11.40pagi - 1.00 petang
Perancangan strategi jangka masa pendek

1.00 - 2.30 petang
Solat Zohor di Masjid Negara
Makan tengahhari bersama-sama ahli

3.00 - 4.00 petang
Perancangan strategi jangka masa panjang

4.00 petang
Bersurai


*Makanan dan minuman adalah dibawah tanggungan sendiri

20 June 2009

Terkini tentang web blog PU

Assalamualaikum dan salam ukhuwah.

Pihak administrator sedang menambahbaikan web Persatuan Ukhuwah ini. Kini pihak admin telahpun menambah widget link terbaru iaitu "Sudut Foto" "GALERI yang terletak dinavigasi link. Terdapat beberapa gambar aktiviti-aktiviti mengikut program yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, sekiranya anda mempunyai beberapa gambar aktiviti yang tiada didalam web ini boleh dihantarkan ke email admin di pu_psis@hotmail.com

Gambar-gambar lama juga boleh disalurkan untuk memuatkan didalam web tersebut. Segala kesulitan amatlah dikesali.


Sekian harap maklum.
-Administrator-

10 June 2009

Pengumuman Terbaru


HARI PERJUMPAAN KHAS
PERSATUAN UKHUWAH PSIS

Tarikh : 27hb Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur



Agenda

1. Membincangkan strategi baru untuk pemulihan organisasi.
2. Mencadangkan program-program akan datang.

3. Mencari penyelesaian masalah organisasi.

4. Idea is creative.



Tujuan

1. Mendapatkan kata sepakat didalam organisasi.

2. Memperbaiki ikatan didalam organisasi.

3. Mengenalpasti arah tujuan di dalam organisasi untuk jangka masa pendek dan panjang.



Penglibatan

Semua ahli Persatuan Ukhuwah termasuk bekas ahli Jawatankuasa Pusat Islam, bekas ahli Persatuan Ukhuwah.


Kehadiran

Digalakkan.



Sebarang masalah sila rujuk nombor yang tertera ini
Phone no:
Ahmad: 013 - 3010158
Firdausi: 017-2395042

*bawa buku catatan bersama untuk catit perkara-perkara yang penting semasa perjumpaan nanti.

01 April 2009

Baju Korporat


*klik untuk besarkan paparan
design by: Ahmad Zulhilmi, Azmi Zainal & Naqib

31 March 2009

Kepada semua ahli Persatuan Ukhuwah yang sedang menjalani Latihan Industri

Assalamualaikum..

diminta kesemua sahabat sekalian menghubungi saya secepat yang mungkin... As Soon As Posible!

E-mail :
rmart_gendut@hotmail.com
or
praktical_posmel@pos.com.my

Phone no:
Ahmad: 013 - 3010158
Firdausi: 017-2395042

diharap dapat memberi kerjasama anda... dan sebarkan kepada yang lain..

sekian, wassalam..

yang benar,
Ahmad Zulhilmi

02 March 2009

Keteguhan Sumayyah


SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa. Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad. Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman.

Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di mekah. Orang itu adalah suhaib yang baru tiba dari negeri rom. Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran islam daripadanya. Kedua-dua pemuda itu beriman dengan nabi muhammad dan menjadi orang islam. Tanpa berlengah lagi, ammar terus kembali kerumahnya. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud islam. Ammar menyampaikan seruan yang di bawa oleh nabi muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di mekah. Seterusnya, ammar mengajak kedua ibu bapanya memeluk islam.

Sumayyah dan suaminya, Yasir bersetuju memeluk islam. Sumayyah adalah orang ke-7 beriman dengan Nabi Muhammad dan memeluk agama islam pada usia yang tua. Apabila majikan dan kaum Makhzum mengetahui Sumayyah dan ahli keluarganya mengikut agama islam yang di seru Nabi Muhammad, mereka marah dan menganggap seluruh keluarga Sumayyah sebagai orang gila. Apatah lagi Sumayyah dan ahli keluarganya berani menonjolkan diri sebagai orang islam. Mereka tidak merahsiakan keimanan kepada seruan yang di bawa oleh Nabi Muhammad. Majikannya dan kaum Makhzum menganggap ahli keluarga Sumayyah sebagai berani menunjukkan tentangan dan cabaran kepada mereka. Selama ini, mereka melarang dan memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang menerima ajaran Nabi Muhammad akan menerima balasan.

Penyeksaan

Keluarga sumayyah menerima siksaan yang berat. Mereka sekeluarga di bawa dan diheret keluar dari bandar mekah. Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka di ikat pada batu ataupun kayu. Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan di lakukan keatas mereka. Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki. Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat. Namun, iman Sumayyah tetap utuh. Dia bersabar atas segala ujian yang diterima. Dia memperhtahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali. Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu. Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah.

Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya. Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar. Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah. Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam. Nabi muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesunguhnya kamu akan dimasukkan kedalam syurga!”

21 February 2009

10 Muwassafat Tarbiyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

29 January 2009

Video Klip JPI sesi Julai 2008



Video klip ini memaparkan serba sedikit pengenalan mengenai fungsi didalam organisasi Jawatankuasa Pusat Islam sesi Julai 2008 sebelum diubah nama kepada Persatuan Ukhuwah. Saksikan..

27 January 2009

Perkataan Syukur Yang Dilupai

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!


Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang
Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita
tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..


artikel ini dipetik dari www.iluvislam.com

17 January 2009

Selamat Menjalani Kehidupan Seorang Pelajar

Salam..

Kepada semua warga PSIS terutama sekali rakan-rakan seperjuangan saya mengucapkan selamat menjalani kehidupan seorang pelajar. Kepada junior-junior baru dan lama, tuntutlah ilmu sebanyak mana pun cuma jangan terlalu leka dengan duniawi. Kepada senior-senior saya, teruskan perjuangan anda semua sehinggalah tercapai apa yang kamu hendak gapai. Saya doakan agar anda semua berjaya didalam kehidupan anda.

Yang benar,
Firdausi
DTK 4 (kini sedang menjalani latihan industri sesi Januari 2009)