Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com

24 November 2010

Selamat atas segalanya

Ucaptamanya , saya mewakili Rakan Pusat Islam mengucapkan :-

"Selamat Menerima Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Julai 2010"

"Selamat Kembali kepada Para Pelajar yang sudah selesai menjalani Latihan Industri"

"Selamat Berjaya buat pelajar yang akan menjalani Latihan Industri"

dan

"Selamat Datang dan Kembali ke POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
sesi Disember 2010 buat pelajar baru dan pelajar senior"


Di sini , saya selitkan kata-kata semangat untuk kita renung bersama ,sebagai "booster" di semester yang baru ini .


:: Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar ::

-Saidina Ali Abi Talib r.a-


:: Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain ::

-Alias Haji Muda-


:: Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah

seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi ::

-Bestari-


:: Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak

suka mengambil tahu walaupun satu perkara ::

-Pujangga-


:: Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.

-Pujangga-


:: Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana ::

-Pujangga-


:: Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan,

dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil,

mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik,

maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

-Pujangga-


dari : Nur Syafiqah Ismail


1 comments:

syukran dek! (=
slmt mnjalani LI eh??