Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com

16 March 2010

Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat PSIS

Assalammualaikum w.b.t
Pada 26 Februari 2010M bersamaan 12 Rabiulawal 1431H (Jumaat), program sambutan Maulidur Rasul diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bertemakan "Rasul Di Cintai, Sunnah Di Amati" yang telah dianjurkan oleh organisasi Rakan Pusat Islam, PSIS. Dimulai dengan perarakan mengelilingi kawasan kampus terus ke kawasan Dewan Serbaguna PSIS, disusuli dengan perasmian program yang dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Azli bin Adnan (Ketua Jabatan Pengajian Am PSIS) bagi pihak Pengarah Politeknik PSIS En. Dzulkifli bin Ismail. Kemudian, gema suara nasyid kedengaran oleh kumpulan nasyid PSIS untuk pembuka tirai sejurus selepas perasmian dilakukan.


* Terdapat beberapa gambar yang tidak sempat upload atas kekangan yang tidak dapat dielakkan.

0 comments: