Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com

31 December 2008

Mengenai Kami






Rakan Pusat Islam (RPI) merupakan sebuah organsasi pelajar yang berada dibawah Pusat Islam , Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). RPI mengendali dan menguruskan beberapa aktivti khususnya siswa dan siswi Politeknik Sultan Idris Shah. Disamping itu, RPI turut membantu para pensyarah dan staf juga beberapa organisasi besar didalam PSIS.

Visi:
  • Ummah Berilmu dan Bertakwa Membentuk Generasi Rabbani Yang Berkualiti
Misi:
  • Rakan Pusat Islam Politeknik Sultan Idris Shah sebagai wadah pembangunan sahsiah Islamiyyah bagi semua siswa dan siswi muslim untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam mencapai misi menjana keunggulan ummah dalam konteks ketakwaan, keimanan dan  keintelektualan kearah membentuk generasi yang rabbani dengan membudayakan ilmu serta penghayatan cara hidup Islam sebenar dengan menjadikan Pusat Islam sebagai pusat perkembangan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Objektif :
  • Memupuk keperibadian muslim yang sejati dikalangan ahli persatuan
  • Melahirkan ahli-ahli yang berakhlak mulia, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
  • Memupuk semangat bersatu padu, bekerjasama dan kekeluargaan dikalangan ahli persatuan dan juga warga Politeknik Sultan Idris Shah
  • Memberi fokus kepada aktiviti bercorak pembangunan sahsiah dan penampilan diri ahli persatuan dan para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah umumnya
  • Bekerjasama dengan pihak pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah didalam memperbaiki dan meningkatkan sahsiah diri para pelajar dan warga Politeknik Sultan Idris Shah
Kronologi:
  • Jawatankuasa Pusat Islam (JPI) - 2004 sehingga 2008
  • Persatuan Ukhuwah PSIS - 2008 sehingga pertengahan bulan November 2009
  • Rakan Pusat Islam (RPI) - Akhir bulan November 2009 sehingga kini

Alamat kami :

Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com