This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.


Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com

25 September 2009

Santapan Kejayaan




RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1. Buku secukupnya (ikut selera masing-masing)
2. Sebuah ketekunan
3. 3 mangkuk kerajinan
4. 4 hiris keinsafan
5. 5 keping kasih sayang
6. Beberapa potong kasih
7. Segenggam harapan
8. 1/3 cawan air mata keinsafan
9. Semangkuk azam
10. Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1. Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2. Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3. Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter pati usaha.
4. Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5. Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6. Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7. Tambahkan sedikit kerajinan.
8. Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9. Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:

1. Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2. Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3. Hiasilah dengan seyuman.
4. Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah :)

Pesanan Editor: Bulan Syawal bulan kemenangan, setelah sebulan menahan nafsu, dan kini bermulalah medan bertempur hasil latihan di bulan Ramadhan. Ayuh sahabat semua, sama-sama berusaha untuk berjaya di dunia, dan akhirat terutamanya.

01 September 2009

Program Sepanjang Bulan Ramadhan di Pusat Islam

Berikut adalah senarai program anjuran Jawatankuasa Pusat Islam dan Persatuan Ukhuwah sepanjang Bulan Ramadhan ini:


27/08 @ 06 ramadhan (Khamis)
~Ceramah 1~
(Selepas Solat Terawih bertempat di Pusat Islam)

28/08 @ 07 ramadhan (Jumaat)
~Kuliah Subuh 1~

05/09 @ 15 ramadhan (Sabtu)
~Bubur Lambok~
~Ceramah 2~
(Selepas Solat Terawih bertempat di Pusat Islam)
*Kehadiran Wajib untuk Semester 1 sahaja

06/09 @ 16 ramadhan (Ahad)
~Kuliah Subuh 2~
~Forum Perdana "Remaja dan Keberkatan Ramadhan"~
(9.30 pagi di Dewan Serbaguna PSIS)
*Kehadiran Wajib untuk semua Pelajar Asrama

07/09 @ 17 ramadhan (Isnin)
~Majlis Khatam Al-Quran~
(Selepas Solat Terawih bertempat di Pusat Islam)

12/09 @ 22 ramadhan (Sabtu)
~Qiammulaill Perdana~
(3.00 pagi di Pusat Islam)
~Kuliah Subuh 3~
*Kehadiran wajib untuk Semester 2 keatas

13/09 @ 23 ramadhan (Ahad)
~Kuliah Subuh 4~
~Ceramah 4~
(Selepas Solat Terawih bertempat di Pusat Islam)


*Jadual di atas akan di kemaskini dari semasa ke semasa jika berlaku perubahan..

30 August 2009

Puasa dari kaca mata bukan Islam

Selain daripada umat islam,puasa sebenarnya telah diamalkan oleh pelbagai kaum dan bangsa di seluruh dunia. Antara tujuan utama mereka berpuasa ialah kerana ia menyihatkan tubuh badan. Ini sejajar dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT bahawa puasa merupakan ibadah yang amat baik untuk kesihatan fizikal mahupun mental, rohani dan juga jasmani. Malah, ada pendapat yang mengatakan bahawa diet yang terbaik ialah dengan cara berpuasa secara konsisten.

Sebenarnya, puasa terdapat secara tabi'ei dalam alam semulajadi di mana binatang tertentu seperti katak turut mengamalkan puasa. Puasa juga telah disyariatkan dalam semua agama langit seperti Kristian dan Yahudi. Malah agama budaya juga seperti bangsa Hindu dan Buddha mengamalkan puasa di dalam cara hidup mereka.

Orang barat kini telah mula mengamalkan aliran baru iaitu berpuasa untuk kesihatan (therapeutic fasting). Banyak buku mahupun maklumat di internet yang telah disebar luas untuk menerangkan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan. Ahli falsafah dan perubatan Islam terkenal, Ibnu Sina pernah mengubati pesakitnya dengan menyuruh mereka berpuasa. Ahli falsafah lain seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pythagoras juga mengamalkan ibadah puasa untuk meningkatkan keberkesanan fizikal dan mental agar dapat berfikir serta mencetuskan idea-idea yang bernas.

Profesor Arnold Ehret dari Jerman berkata bahawa puasa yang tepat mampu membalikmudakan fizik, mental dan spritual seseorang. Menurutnya, puasa adalah ibu kunci kepada evolusi dan pengembangan spritual terutama sekali di zaman yang penuh pancaroba ini. Mahatma Ghandi, pejuang kemerdekaan India juga terkenal sebagai pengamal puasa. Begitu juga pengarang agung Rusia Leo Tolstoy pengarang dari Perancis Francois Voltaire dan pengarang Austria Franz Kafka yang menjadikan puasa sebagai amalan dalam kehidupan mereka.

Ringkasnya, dapat disimpulkan di sini bahawa mereka yang terkenal dan berjaya mengamalkan puasa sebagai senaman untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental agar mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi. Terbukti, puasa banyak hikmahnya terhadap hidup manusia. Amat malang bagi kita umat Islam yang masih berdolak-dalik dan cuba meninggalkan ibadah yang penuh keberkatan dan faedah kepada mereka, dan secara tidak langsung mereka juga menolak ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT.

12 August 2009

Doa hindar dari wabak H1N1

Assalammualaikum w.b.t

Sepertimana yang anda telah ketahui dunia kini dilanda satu wabak yang sedang menular iaitu wabak Influenza A H1N1 atau erti kata lain wabak Selsema Babi. Oleh itu, saya sudah sediakan link untuk anda "Doa menghindari dari wabak H1N1" tersebut. InsyaAllah semoga doa ini dapat melindungi diri kita dari wabak jangkitan Influenza A ini.

Link download :
Mirror 1
Mirror 2
Mirror 3

11 August 2009

Bersama Seorang Pemuda Penggali Kubur

Assalamu'alaykum warahmatullahu wamaghfiratuhu wabarakatuh...Bismillahirrahmanirrahhim..




“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah”.
QS. Al-Hajj: ayat 5.



“Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya”. QS. Nuh [71] ayat 18.



Diriwayatkan dari Ibnu Hubaiq: Riwayat dari ayahku yang berkata, Yusuf bin Asbath pernah bertemankan seorang pemuda dari Teluk, yang tidak pernah berbincang-bincang dengannya (Yusuf) selama sepuluh tahun.

Akan tetapi, Yusuf mengetahui kerisauan dan kecemasan hati pemuda itu dan juga ketekunannya melakukan ibadat pada siang maupun malam hari. Kepada pemuda itu Yusuf pernah berkata,

"Apa sebenarnya pekerjaanmu dahulu, sehingga aku lihat dirimu selalu tertunduk menangis?"

"Dahulu aku adalah seorang penggali kubur," jawabnya.

"Apa yang pernah kamu lihat saat berada di liang lahat?" tanya Yusuf meminta penjelasan.

"Aku melihat rata-rata muka mereka dipalingkan dari arah kiblat, kecuali beberapa orang saja," kata pemuda itu.

"Kecuali beberapa orang saja?" tanya Yusuf dengan penuh hairan. *

Setelah berkata demikian, Yusuf pun gelisah dan fikirannya tidak tenteram. Oleh itu dia memerlukan ubat untuk menyembuhkan kegelisahannya.

Ibnu Hubaiq meneruskan ceritanya, "Ayahku berkata: Kami lalu memanggil doktor Sulaiman untuk mengubati Yusuf. Setelah mendapatkan perawatan yang teratur, Yusuf pun sehat kembali seperti sediakala dan dia pun berkata, "Kecuali hanya sedikit saja!" Yusuf terus-menerus mengucapkan demikian, dan lantaran itu dia mendapatkan perawatan terus agar fikirannya normal kembali.

Ketika doktor Sulaiman selesai mengobati dan hendak pulang, Yusuf berkata kepada orang-orang yang menungguinya, "Apa yang mesti kalian berikan kepada doktor itu?" "Dia tidak mengharapkan apa-apa darimu," jawab kami semua.

"Subhanallah! Kalian telah berani mendatangkan doktor kerajaan, akan tetapi, aku tidak memberikan sesuatu pun kepadanya," kata Yusuf.

"Berikan kepadanya uang beberapa dinar!" kata kami kepada Yusuf.

Ambillah ini dan berikan kepadanya serta tolong beritahukan kepadanya bahwa aku tidak memiliki sesuatu pun, kecuali sekadar ini, agar dia tidak berprasangka bahwa aku ini mempunyai harga diri yang lebih rendah daripada para raja," kata Yusuf.

Yusuf kemudian menyerahkan sebuah kantong berisi uang sebanyak lima belas dinar dan diberikannya kepadaku. Selanjutnya kuserahkan uang tersebut kepada doktor Sulaiman atas pertolongannya kepada Yusuf.

Sejak peristiwa itu Yusuf akhirnya tekun menganyam tikar dari daun kurma hingga akhir hayatnya.

Dan diriwayatkan dari Hubaiq yang mengatakan: Yusuf bin Asbath pernah berkata, "Dari ayahku, aku mendapatkan harta waris berupa tanah seharga lima ratus dinar yang terletak di daerah Kufah.

Akan tetapi, pada akhirnya terjadilah perselisihan di antara saudara-saudaraku, kerana itu aku meminta pendapat kepada Hasan bin Shaleh.

Hasan bin Shaleh lalu berkata kepadaku, "Aku tidak ingin kamu terlibat pertentangan dengan mereka, hanya disebabkan masalah tanah yang akan kita masuki kelak."

Demikianlah atas saranan Hasan bin Shaleh itu, maka kurelakan tanah itu kepada mereka secara ikhlas kerana Allah SWT semata sebab aku menyedari bahawa diriku adalah bahagian daripada tanah.

Sesungguhnya..sekalipun manusia tercipta dari tanah yang hina,kemuliaan yang dikurniakan ILAHI tak terhingga tuk disyukuri,tak terbalas limpahan rahmatNYA..
kerna satu-satuNYA makhluk Sang Khaliq yang berani memegang tanggungjawab bergelar Khalifah Allah adalah manusia.


Kematian itu PASTI

02 August 2009

Carta Organisasi Persatuan Ukhuwah Sesi Julai 2009

Assalammualaikum w.b.t

Berikut adalah carta organisasi Persatuan Ukhuwah PSIS Sesi Julai 2009
(klik untuk paparan jelas)