This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.


Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

03 August 2011

Bermulanya 'Belaian' Ramadan..




Sekian lama, blog ini tidak terisi.
Harap dimaafkan buat para pembaca blog yang saban hari sudi
ziarah dan mengambil manfaat dari setiap pengisian
yang dikongsikan di sini.

(:
Dengan ini,
pihak Pusat Islam dan Rakan Pusat Islam sendiri,
ingin mengucapkan
Selamat berPuasa kepada semua muslimin wal muslimat.
Selamat Berpuasa Jasadi dan Lahiri.
Selamat Berpuasa daripada perkara mazmumah [kalau boleh
sampai bila bila kita puasa darinya]
Selamat Berpuasa sebenar benarnya kepadaNya [bukan puasa
yang yok !]
Selamat Berpuasa tuk raih tingkatan TAQWA seorang hamba.

selamat beramal semua !

(:

09 August 2010

Beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431H di PSIS


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Bersempena dengan bulan yang penuh keberkatan, Rakan Pusat Islam akan menganjurkan beberapa aktiviti di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam antaranya Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Ta'lim, Qiamullail & Qiamullail Perdana, Kuiz Inter-Blok, Majlis Khatam Al-Quran, Ceramah Perdana, Tazkirah Ringkas, dan Kuliah Subuh Perdana. Mari bersama-sama merebut peluang keemasan dan ganjaran pahala yang tinggi di bulan Ramadhan. Harap maklum..


"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan sepenuh keimanan dan pengharapan, nescaya ia diampuni dosa-dosanya yang lalu."
(Hadith Muttafaq 'Alaih)

30 August 2009

Puasa dari kaca mata bukan Islam

Selain daripada umat islam,puasa sebenarnya telah diamalkan oleh pelbagai kaum dan bangsa di seluruh dunia. Antara tujuan utama mereka berpuasa ialah kerana ia menyihatkan tubuh badan. Ini sejajar dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT bahawa puasa merupakan ibadah yang amat baik untuk kesihatan fizikal mahupun mental, rohani dan juga jasmani. Malah, ada pendapat yang mengatakan bahawa diet yang terbaik ialah dengan cara berpuasa secara konsisten.

Sebenarnya, puasa terdapat secara tabi'ei dalam alam semulajadi di mana binatang tertentu seperti katak turut mengamalkan puasa. Puasa juga telah disyariatkan dalam semua agama langit seperti Kristian dan Yahudi. Malah agama budaya juga seperti bangsa Hindu dan Buddha mengamalkan puasa di dalam cara hidup mereka.

Orang barat kini telah mula mengamalkan aliran baru iaitu berpuasa untuk kesihatan (therapeutic fasting). Banyak buku mahupun maklumat di internet yang telah disebar luas untuk menerangkan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan. Ahli falsafah dan perubatan Islam terkenal, Ibnu Sina pernah mengubati pesakitnya dengan menyuruh mereka berpuasa. Ahli falsafah lain seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pythagoras juga mengamalkan ibadah puasa untuk meningkatkan keberkesanan fizikal dan mental agar dapat berfikir serta mencetuskan idea-idea yang bernas.

Profesor Arnold Ehret dari Jerman berkata bahawa puasa yang tepat mampu membalikmudakan fizik, mental dan spritual seseorang. Menurutnya, puasa adalah ibu kunci kepada evolusi dan pengembangan spritual terutama sekali di zaman yang penuh pancaroba ini. Mahatma Ghandi, pejuang kemerdekaan India juga terkenal sebagai pengamal puasa. Begitu juga pengarang agung Rusia Leo Tolstoy pengarang dari Perancis Francois Voltaire dan pengarang Austria Franz Kafka yang menjadikan puasa sebagai amalan dalam kehidupan mereka.

Ringkasnya, dapat disimpulkan di sini bahawa mereka yang terkenal dan berjaya mengamalkan puasa sebagai senaman untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental agar mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi. Terbukti, puasa banyak hikmahnya terhadap hidup manusia. Amat malang bagi kita umat Islam yang masih berdolak-dalik dan cuba meninggalkan ibadah yang penuh keberkatan dan faedah kepada mereka, dan secara tidak langsung mereka juga menolak ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT.