This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.


Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

19 July 2010

Jom Kenali Sya'aban?

Bismillah.
Apa khabar saudara/ri Islam sekalian?
Subhanallah.
Sedar tak sedar,hari berganti hari.
Bulan juga berganti bulan.
Alhamdulillah, kita sudah pun memasuki bulan Syaaban.
Tak sabar rasanya menantikan pula kehadiran Ramadhan.^^

Disini,dikongsikan sedikit maklumat mengenai bulan mulia ini..
Jom kenali Syaaban?..




Pengenalan

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada
beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama
itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut
tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW
bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?”
Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”
Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah
kebaikan yang banyak sekali.

(Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan
takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari.
Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban
kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika
itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari
air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia
dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan
tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan
ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga.
Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk
persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan
Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang
tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas
kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan
bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan
ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan
oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


********


Fadhilat Syaaban


Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat sebagaimana yang telah
dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar
untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan
bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi
kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan
puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis
yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan
tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada
akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala
seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang
beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan
apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W.:"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,
bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari
perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya
dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala \
macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


* Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu,
dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Peristiwa Penting

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW
bersabda maksudnya: "Telah datang Jibril a.s pada
malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam
ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka,
maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kepalamu
dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab:
"Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat,
maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak
mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir,
bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan,
peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba,
orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua,
orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan
orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka
sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya
sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang
lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan
sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca:
"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu
dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu,
sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri,
maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha."

(Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin)

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam,
Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis.
Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah
benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah
meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan
dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada
Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar
terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah
baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan
Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu.
Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap
ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap
Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang
mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’.
Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah
dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi.
Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan
berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh
seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah
turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi
yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H.
Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan,
termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq
yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah
Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz
bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris
bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais.
Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik,
ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais,
setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta
tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW
untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui
membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais
dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti
nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW
ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika
itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq
yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan
di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan
Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan
keutamaan yang mesti direbut.Sekian, selamat beramal. ^^

Sumber: Syaaban: Ada Apakah Padanya?

26 February 2010

Menghayati Maulidur Rasul

Melalui catatan sejarah, kita sedia maklum bahawa sebelum kedatangan syiar Islam, masyarakat pada masa itu hidup dalam kejahilan dan kegelapan. Kehidupan yang dikuasai oleh hawa nafsu menyebabkan kemungkaran, kezaliman dan kemaksiatan yang berleluasa. Orang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah dan undang-undang pula hanya mengikut hawa nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga manusia bercelaru dan hilang pedoman.

Dalam keadaan hidup yang penuh kejahilan itu, Rasulullah s.a.w. telah diutus oleh Allah s.w.t untuk membawa ajaran agama Islam yang benar. Rasulullah s.a.w. adalah manusia pilihan yang diutus oleh Allah s.w.t bukan setakat untuk membawa dan memimpin kaumnya iaitu kaum Quraisy ke jalan yang lurus dan diredhai Allah, bahkan untuk seluruh umat manusia yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesabaran baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam di seluruh pelusuk dunia.

Sesungguhnya perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan antaranya penghinaan, ejekan, cemuhan, bantahan, penyiksaan, penindasan, kezaliman dan sebagainya. Namun baginda tetap tabah dan sabar menghadapinya walaupun setelah berbelas tahun lamanya. Baginda tidak pernah jemu dalam menyebarkan agama Islam jauh sekali untuk berputus asa. Bukan itu sahaja, bahkan apa yang menimpa dirinya turut dirasai oleh para sahabat dan pengikut baginda.

Sesungguhnya kecintaan, kepercayaan, pembelaan, dan kesetiaan para sahabat dan pengikut baginda amat mengkagumkan kita. Semua itu adalah kerana mereka sangat saying dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban nyawa dan harta pada jalan Allah. Oleh itu, sudah sepatutnya kita turut mencontohi kecintaan dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi sebagaimana yang ditunjukkan oleh para sahabat. Mengasihani baginda bukan sekadar ucapan di mulut sahaja tetapi buktikan ia dengan mentaati ajaran yang dibawa oleh baginda, berselawat ke atas dirinya serta kita teruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan dakwah Islamiah serta kita teruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan dakwah Islamiah serta memeliharanya dari sebarang cubaan atau ancaman yang hendak melemahkan kesatuan dan akidah umat Islam.

Akhirnya marilah kita senantiasa mengingati jasa serta pengorbanan Rasulullah s.a.w. dengan mentaati ajaran Islam yang dibawa oleh baginda. Kita perbanyakkan selawat dan menjaga syiarnya.

30 December 2009

Tanda Hati Yang Hidup



Bismillahirrahmanirrahim..
Hati adalah raja kepada seluruh anggota tubuh badan.
Bersih hati,maka baiklah seluruh tingkah anggotanya.
Jika buruk dan mati,maka akan buruklah kesannya di sekeliling oleh
tingkah laku yang juga buruk.

Bagaimana dengan hati kita?
Hidup?
Mati?
Disini dinyatakan tanda-tanda hati yg hidup dan tidak mati..

Pertama: Lapangnya dada menerima ajaran Islam.

Firman Allah:

Maksudnya: Orang yg Allah lapangkan dada mereka adalah
org yg mendapat cahaya dr tuhannya.(22: Zumar)

Nabi bersabda:
"Apabila cahaya masuk ke dalam hati seseorang maka dadanya akan
lapang dan terbuka" Para sahabat bertanya: "
Ya Rasulullah; Adakah ada tanda2 yg menunjukkan demikian?"
Nabi s.a.w menjawab:

الإنابة إلى دار الخلود والتجافي عن دار الغرور والإستعداد للموت قبل نزوله

Maksudnya: Org yg beramal utk kembali ke Akhirat yg kekal,
Jauh dirinya dgn dunia yg memperdaya dan bersedia untk mati
sebelum ianya tiba."(Hr Hakim)

Lapang dada ialah mudah dia nak mematuhi dan menerima
ajaran Islam dan tidak berasa sempit dada dgn perkara dunia.


Kedua: Gementar hati ketika berzikir mengingati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya sifat khusus org2 yg beriman apabila disebut
nama Allah akan gementar hati2 mereka..."(2: Al-Anfal)


Ketiga: Hati yg khusuk mengingati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya mereka bersegera melakukan kebaikan,
berdoa kepada kami dgn penuh mengharap dan takut dan
mereka khusuk mengingati kami"(90:Al-Anbiya)

Khusyuk adalah
1. Hadirkan hati dlm Ibadah.
2. Memahami makna yg di lafazkan.
3. Mengagongkan sang Pencipta dgn adanya sifat takut dan harap.


Keempat: Mudah terkesan dengan nasihat.

Seperti mana cerita Ali Zainal Abidin bila beliau melihat
hamba perempuanya tertuang air panas ke kepala anaknya sehingga mati.
Baru sahaja beliau nak marah; hambanya membaca Ayat
"Dan org2 yg menahan marahnya"
Maka beliau kata: Aku tahan marahku. Hambanya menyambung ayat tadi
"Dan org2 yg memaafkan kesalahan manusia lain"
Beliau berkata: Aku Maafkan kamu. Hambanya menghabiskan ayat tadi
"dan Allah mengasihi org2 yg melakukan kebaikan."(134: Ali Imran)
Beliau berkata: Engkau dibebaskan.


Kelima: Merasai kemanisan Iman.

Nabi s.a.w bersabda: "Seseorang itu akan merasai kemanisan
Iman bila dia reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya
dan Muahmmad sebagi Nabi dan Rasul. (Hr Muslim)

Imam Ibnu hajar mengumpamakan org yg mempunyai hati yg baik
sperti org yg sihat yg mana dia merasai kemanisan madu.
Adapun org yg mempunyai hati yg sakit seumpama pesakit yg merasai madu itu pahit.


Keenam: Sentiasa merasai dekat dengan Allah.

Tandanya ialah org yg suka beribadah dan bermunajat dgn Tuhannya.
Seperti mana Nabi Isa a.s berkata kepada hawariyyin
"Banyakkan bercakap dgn tuhan dan sedikitkan bercakap dgn manusia"
Mereka bertanya "Bagaimana banyak bercakap dgn tuhan?"
Nabi Isa menjawab "Hendaklah kamu sentiasa bersendirian mengingatinya,
bersendirian beribadat kpdnya dan bersendirian bermunajat dgnnya."
(Hr Abu Naim dlm kitab Hilyah)


Ketujuh: Sentiasa kembali kepada Allah.

Firman Allah:
"Maka hendaklah kamu lari menuju kepada Allah...(50: az-Zariat)

"Dan org2 yg apabila mereka melakukan kejahatan atau menzalimi
diri mereka sendiri; mereka terus mengingati Allah dan meminta ampun kpd Allah..."(135: Ali Imran)

Dalam keadaan senang dan susah hendaklah kita kembali kepada Allah.

Nabi bersabda:

"Amat dikagumi keadaan org beriman. Mereka sentiasa dlm kebaikan.
Sekiranya mereka mendapat kebaikan mereka akan bersyukur;
itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan
mereka akan bersabar; itu juga kebaikan bgnya."(hadis sahih)





Rujukan: at-Toriq ila Rabbaniah oleh Dr Majdi Hilali.

02 November 2009

Muhasabah sebagai "Charger" Kehidupan

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang dhaif. Walaupun manusia dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan, ia tidak dicipta sempurna dalam segenap sudut. Dalam kedhaifan itu, Allah menghantar Rasul sebagai pembawa kebenaran dan membekalkan al-Quran sebagai panduan.

Kehidupan di dunia ini penuh pancaroba dan cubaan. Adakala manusia berjaya mengharunginya dan adakalanya manusia tewas. Ramai orang tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Bagi seorang pejuang, hidup di dunia ini hanyalah sementara dan ia akan ditinggalkan untuk beralih ke alam yang kekal abadi.

Dalam menyelusuri kehidupan seorang pejuang, sudah pasti lebih banyak dugaan yang dihadapi. Lebih banyak daripada manusia yang biasa. Di samping tugas dan bebanan yang sememangnya agak berat untuk ditanggungi, pejuang merupakan ikon agama kepada orang kebanyakan. Sudah pasti perkara ini agak mencabar kemampuan pejuang. Islam yang diperjuangkan dan al-Quran yang ingin didaulatkan memerlukan roh perjuangan yang kuat dan stabil.

Suatu perkara yang wajar dilakukan oleh seorang pejuang ialah sentiasa menilai dan memuhasabah diri sebagai charger kehidupan. Ini selaras dengan kata-kata Saidina Umar :

Hisablah (muhasabahlah) diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang”

Kita tidak lepas daripada alpa dan lalai. Lantas amatlah wajar kita sentiasa menilai diri kita sejauh mana kesungguhan kita dalam mentaati Allah. Apakah kita masih layak digelar hamba Allah sedangkan kita pun tidak tahu siapa Allah di hati kita? Apakah kita layak untuk mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad sedangkan amalan sunnahnya diambil begitu enteng oleh kita? Apakah kita masih layak untuk menganggap kita sebagai pejuang di jalan Allah sedangkan perangai dan akhlak sama sahaja seperti orang yang merempat tiada tarbiah? Adakah amalan kita dah mencukupi sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada Allah yang memberi nikmat kepada kita? Seandainya kita masih belum melepasi soalan-soalan asas itu, kita sendiri boleh menilai berapa ‘bintang’ yang boleh diberi kepada kita.

Muhasabah dan menilai mampu membangkitkan semangat dalam diri kita untuk terus berubah dan menjadi yang lebih baik dalam kehidupan. Muhasabahlah yang akan menjadikan diri kita terlalu kerdil di sisi Allah dan tidak ego apabila berdamping sesama manusia. Amalan muhasabah ini sekiranya ditinggalkan, mungkin akan menyebabkan kita lalai lalu gagal dalam mendepani cabaran hidup. Ramai antara orang yang menganggap diri mereka sebagai pejuang sering melupakan muhasabah. Maka tidak hairanlah banyak orang bercakaran sesama sendiri walaupun mereka semua pada asalnya ‘ingin memperjuangkan Islam’. Ego dan sombong akan menguasai diri dan tawadhu’dan rendah diri akan hilang.

Muhasabah sebagai charger kehidupan adalah bertujuan supaya kita sentiasa merendah diri, berkasih sayang sesama kita dan menjauhi sifat ego. Ia juga akan menjadi penyuntik semangat kepada kita supaya terus menguatkan dan memperbaiki diri serta amalan ruhiyyah yang mungkin pada pendapat sebahagian orang ia adalah enteng. Semoga dengan amalan muhasabah ini akan sentiasa mengecas bateri kehidupan kita yang seringkali ‘kong’ apabila banyak digunakan.

http://ilmuanmuda.wordpress.com

30 August 2009

Puasa dari kaca mata bukan Islam

Selain daripada umat islam,puasa sebenarnya telah diamalkan oleh pelbagai kaum dan bangsa di seluruh dunia. Antara tujuan utama mereka berpuasa ialah kerana ia menyihatkan tubuh badan. Ini sejajar dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT bahawa puasa merupakan ibadah yang amat baik untuk kesihatan fizikal mahupun mental, rohani dan juga jasmani. Malah, ada pendapat yang mengatakan bahawa diet yang terbaik ialah dengan cara berpuasa secara konsisten.

Sebenarnya, puasa terdapat secara tabi'ei dalam alam semulajadi di mana binatang tertentu seperti katak turut mengamalkan puasa. Puasa juga telah disyariatkan dalam semua agama langit seperti Kristian dan Yahudi. Malah agama budaya juga seperti bangsa Hindu dan Buddha mengamalkan puasa di dalam cara hidup mereka.

Orang barat kini telah mula mengamalkan aliran baru iaitu berpuasa untuk kesihatan (therapeutic fasting). Banyak buku mahupun maklumat di internet yang telah disebar luas untuk menerangkan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan. Ahli falsafah dan perubatan Islam terkenal, Ibnu Sina pernah mengubati pesakitnya dengan menyuruh mereka berpuasa. Ahli falsafah lain seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pythagoras juga mengamalkan ibadah puasa untuk meningkatkan keberkesanan fizikal dan mental agar dapat berfikir serta mencetuskan idea-idea yang bernas.

Profesor Arnold Ehret dari Jerman berkata bahawa puasa yang tepat mampu membalikmudakan fizik, mental dan spritual seseorang. Menurutnya, puasa adalah ibu kunci kepada evolusi dan pengembangan spritual terutama sekali di zaman yang penuh pancaroba ini. Mahatma Ghandi, pejuang kemerdekaan India juga terkenal sebagai pengamal puasa. Begitu juga pengarang agung Rusia Leo Tolstoy pengarang dari Perancis Francois Voltaire dan pengarang Austria Franz Kafka yang menjadikan puasa sebagai amalan dalam kehidupan mereka.

Ringkasnya, dapat disimpulkan di sini bahawa mereka yang terkenal dan berjaya mengamalkan puasa sebagai senaman untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental agar mereka berjaya di dalam bidang yang diceburi. Terbukti, puasa banyak hikmahnya terhadap hidup manusia. Amat malang bagi kita umat Islam yang masih berdolak-dalik dan cuba meninggalkan ibadah yang penuh keberkatan dan faedah kepada mereka, dan secara tidak langsung mereka juga menolak ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT.

12 August 2009

Doa hindar dari wabak H1N1

Assalammualaikum w.b.t

Sepertimana yang anda telah ketahui dunia kini dilanda satu wabak yang sedang menular iaitu wabak Influenza A H1N1 atau erti kata lain wabak Selsema Babi. Oleh itu, saya sudah sediakan link untuk anda "Doa menghindari dari wabak H1N1" tersebut. InsyaAllah semoga doa ini dapat melindungi diri kita dari wabak jangkitan Influenza A ini.

Link download :
Mirror 1
Mirror 2
Mirror 3

21 February 2009

10 Muwassafat Tarbiyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

27 January 2009

Perkataan Syukur Yang Dilupai

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!


Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang
Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita
tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..


artikel ini dipetik dari www.iluvislam.com

31 December 2008

FADHILAT BERPASANGAN (COUPLE)

Apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':
1) seronok (dpt fitnah)

2) seronok (dpt dosa)

3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;
1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgn tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu... v

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati... alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud: Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih) 1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... . 2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu... Nauzubillahi min zalik...

Wallahu'alam... .